Saturday, April 21, 2012

Sejenak di Majlis Resepsi Ku... eh adikku... heee

Selamat Pengantin Baru...

hai adikku.... semoga bahagia sehingga akhir hayat...

Tanggal 24 Januari 2012 merupakan detik bersejarah buat adikku dan detik pertama buat keluarga menganjurkan majlis perkahwinan aka resepsi...

Majlis tersebut diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban, Negeri Sembilan. Majlis tersebut bertemakan warna Unggu iaitu warna kegemarannya...

TADA....


sweet tak?

kakak dia pun sweet jugak... hahaha....

Pakaian perkahwinan ni costum made tau... dan kain dipilih sendiri oleh pengantin... simple tapi sangat cantik. credit to kak diana sebab semua baju yang direka dan dijahit olehnya sangat cantik dan sangat berpuas hati.... Gambar ni tak penuh kan?? okey... gambar bawah ni gambar candid semasa pengantin baru nak pergi ke Dewan MPS.


Korang perasan tak kat sebelah tangga tu mcm ada lantern kan? ha... yang tu adalah mini pelamin yang direka khas dan diilhamkan oleh adik aka pengantin perempuan. Simple but attractive....

kite lihat mini pelamin pula....

eh..eh.. ni bukan mini pelamin.. ni pintu masuk ke halaman rumah semasa hari akad nikah

bahagian sisi pelamin yang dihiasi dengan lantern

kerusi telah dialihkan...

Bukan ini sahaja baju nikah, baju sanding dan baju keluarga adalah ilham sendiri daripada satu family tetapi kek kawen juga adalah ilham dari adik. Kek tersebut direalisasikan oleh kawan mak yang memang expert dalam kek foundant....

perasan tak kat belakang tu adalah pelamin semasa majlis resepsi... tapi kali ni kita fokus kek dulu... 
kawan mak telah tafsirkan ilham adik seperti dalam gambar. kek bawah adalah kek coklat dan kek atas adalah perisa lemon. kek tersebut dikelilingi maniature ataupun kek kecil yang direka oleh kawan mak juga. 

Banyak lagi nak cerita tapi tunggu next post la..

Selamat membaca :)

No comments: